Saturday, April 30, 2011

Hujung Bulan Sudah Tiba

Tiada ape yg menarik utk bulan ni selain dari tender yang tak putus2 masuk. Buat company profile asyik habis. kalau jual sah laku. mane tak nye, dalam seminggu 3 or 4 company profile habis. sabar je la. penat memang penat. printing tak habis2. While yang kat umah ni sebok mengingatkan aku dgn roadtax kete yg nak expired minggu depan. Semuanya dah selesai dalam minggu ni. Terima kasih kerana membantu terutama sekali Puan Siti Hazwani. Just the hectic n pressure week.
Aha! sekali lagi, takde ape yg menarik. Dah lame tak melayan cter hindustan, semalam layan satu cter kat zee. Cter lame kot but jalan cerita yg buat aku pikir that's the way isn't??Soch na tha tajuk die. cter die biase2 je kot tapi best. or aku je rase best, hahhahaa. actually i wonder how it feel that he is the one for me. the thing is who is my the one. hehehhehhe..adezz..tension btol fikir psl ni. tak suke sbnrnya nak fikir. sbb tak tahu ape yg nak difikir. tapi org len dah sebok bertanya. wish i can make them stop asking. rimas. dats y bler tgk cter hindustan tu, aku dah start berfikir n begin to wondering. how it feel that somenone is really our the one. haishhh..tensi.. perkara yg tak tahu mane nak dimulakan.
Currently ade try satu minuman kesihatan. at least minuman tu menyebukan perut. disebabkan bnde tu manis, asyik telan air kosong je la kan..akibatnya ke bilik air je la aku. hari ni je aku rase every hour masuk bilik air. sekurang-kurangnya mengurangkan selera makan.
oke, back to the heading, hujung bulan pnye cter. biase lah. bayar sane, bayar sini. dengan balance tu la nak survive smpai hujung bulan depan. aish..skrg dah kene mula pikir budget utk raya. awal plak raya tahun ni. hujung bulan lapan dah raya. too many to do. termasuk la dengan hal2 bank. ntah kenapa kad maybank tak leh pakai. masuk ni dah 3 kali tukar kad. tension btol aku. nasib bek tak de charge, kalau tak rase rugi je. sudah lame rasenye tak g bank depan ofis tu. or sudah lame tak nampak pe yg aku nak tgk kat situ??stop sue..doesn`t meant anything pon.
lately the main event is Royal Wedding Prince William n Kate Middleton. some said cinderella royal wedding..hhahahha..macam2. bak kate one of the poster of people yg bawak mase diorg kawen td ' check mate Kate, u got the king' hahahha..luv the symbolisme. Kate nampak cantik on the wedding dress. Kawen anak raja la katakan.how lucky she is..is it??
Ha! i need mr. boyfriend. anyone?? *exactly like prince william..leh tak??? bukan anak raja pon tak pelah..asalkan sume mcm die..tinggi, handsome n yg penting karisma. talk bout karisma..teringat one of my korean boyfie..wah..bnyk pulak korean boyfie aku ni..hehehe..
Changmin TVXQ.. i really love the way he is..especially when he bring his self..talking n working n joking..mwahahahah..why??because everything that he do, he looks so charismatic..dunno, may be he must get use to meet many people in the early of his age, so to get along with many people with many character make he more matured..lets do some combining *huh..start dreaming* specky like potter + high n charismatic like changmin + handsome like ??? = ??????
erm..is it too much??memang la kan..name pon berangan.tambah tang handsome tu nanti lagi tak logik..hahahha..aku sedar, kte sume takkan dapat ape yg kite nak..yes..yani selalu pesan..selalu ape yg kite nakkan..takkan tercapai. at least hanya usaha je satu2nye harapan..but for me..angan2 pon salah satu cara utk puas kan hati..kan..kan..kan..
sue..stop dreaming..time to get back to reality..work..work and work.
seriously, i am really missing my fren. guyz..i really miss u ol so much.

p/s : love, friend, hope and dream (^_^)
estrania mucho!

Tuesday, April 19, 2011

Setelah Sekian Lamanya~~

Baru ade mood nak update this sunshine ;)
erm..where to start eak...been busy with tender..triple tender to be submitted with same due date. fuh..agak rushing.. beside that, takde ape yg menarik..stil jugak mencari keje len.masih lagi mencuba. Almost 2 weeks, arwah nenek tinggi meninggal. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. tak de ape yg menarik pon. lps Dream High, takde jmpe mane2 cter lagi. Ade tu ade lah..tp tak follow pon, just baca sinopsis je. tak leh start tgk, nnt sangkut. tajuk die Oh My Lady. tgk kat animax..hero die mcm rupa budak suju. Search tgk, btol la.one of super junior member. Tapi cerita die sweet. kasih seorang bapa pada anaknya. ske tgk scene diorg anak beranak. comel gler..
once again, takde yg menarik pon..masih lagi berada di tempat n situasi yg lebih kurang sama je.

p/s :love, friend, hope & dream.

Thursday, April 14, 2011

Andainya Lelaki itu

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.



cr to : Cik Nadia

Saturday, April 9, 2011

Unmotivated

Bermula isnin lagi macam tak bersemangat nak bekerja..isnin and selasa..kurang bersemangat sbb mulut ade ulser. Dah lame tak kena..sekali kena sakit..kurang jugak bercakap kat ofis..smpai si fazli tanye..knape aku diam je hari tu..3 hari jugaklah aku mendiamkan diri..suara aku hanya dpt dgr bler bercakap kat telefon je. Lepas tu, oke lah..sakit tu buat aku tak de mood. Di tambah dengan hidung ni yang asyik berair je..memang la bertambah la tak selesanya..Selain tu, dari isnin smpai rabu, aku tak nampak PHM 4851. It makes me wonder..where he is???Please..i need motivational.
Lately, mama selalu bekalkan roti as breakfast..dah tu aku pon hari2 la makan roti..rasa mcm jadi watak Kim Pil Suk on Dream High..hahahaha..obses sgt dengan roti..ade sekali tu, akibat tak makan tghri, balik lepas ofis aku singgah teso semata-mata nak cari roti..huhuhuh...
Berusaha segala-galanya..makan, life and kojo.

p/s : Pencarian bermula. Who is the key holder??

Monday, April 4, 2011

Marshmallow~~

Mood yang seperti marshmallow hari ni..eh silap..minggu ni..Weak giler..bosan n unproductive btol. Bertambah weak lepas hari jumaat ri tuh. Pergi ke bank lepas jumaat ri tuh. Still, tak de ape yang menarik pon. Ke..aku yang sombong. Sombong ape plak kan..name die pon aku tak tahu..mcm mane aku nak tegor die. Actually, mase ambik no hari tu, die ade kat kaunter depan, tapi aku memang tak pandang die. Terasa sprti ade yang memandang. Tapi die nak pandang ke??Regards that, weekend aku dok umah memikirkan, ape patut aku buat mengenai die..macam tak de pilihan lain selain dari lupekan die.. Lagipon, segala kelakuan die bnyk buat aku berfikir. Few months ago, ternampak sweater warna pink dalam kereta die.. takkan die nak pakai sweater warna pink pulakkan. Start dari situ, aku sudah mula terima kenyataan yg aku patut melakukan satu langkah yang agak drastik. Ye, saya harus melakukan langkah yang drastik.

______________________________________________________________________