Tuesday, January 21, 2014

Trip to South

Perancangan bertahun2 jadi jugak akhirnya. Punye lah payah nak membuat keputusan. Akhirnya menjadi jugak.Last cuti Thaipusam hari tu ktorg g Singapore. 3 family. mine 5 persons. Paklang 6 persons and cik nan n cik dianah. 3 days trip with 13 persons. Mula2 ktorg ingat nak naik bus tp ade yg tak agreed. At last ktorg naik flight tp book sndri2. Sudahnya, ktorg satu fmli naik mas, diorg naik jetstar. Jadi, kami terpisah for few hours mase nak pegi n balik. 
Jam 6 lbeh dah keluar rumah sbb flight diorg kol 8, ktorg kol 10. Jadi, diorg akan tggu ktorang kat Changi. Nak dijadikan cter, flight ktorg delay plak. expected smpai SIN kol 11, kol 11.30 touchdown Changi. Tunggu bag n checking custom, mahu kol 12 tghri jugak jmpe diorg kat arrival hall. Kesian diorg tggu ktorg lame.


Gambar atas tu gmbr sum up hari pertama.  First stop ktorg g Kg. Glam. Cari lunch. Time tu mmg tgh lapar pon. Then ktorg solat kat Masjid Sultan tu. Cantik masjidnya. Masih lagi mengekalkan bangunan lama. 
Lps mencekik, ktorg g Singapore Flyers. Macam eyes of malaysia tp besar ckit. dia pusing 30 minit slow2. Havoc gak ktorg kat atas tu. Snap pics here and there. Bler dah smpai atas, view cantik sangat. Lps turun tu, ktorg g Merlion. Singa yang kuar air tu. Hari pertama saje almost beribu gambar kat kamera.
Before check-in hotel, ktorg singgah satu kedai coklat. Boleh tahan jugak harganya. Along the way to the hotel ade jugak, ade jugak building2 lame yang ktorg tahu serba sedikit cter nye. SB Shaw building and building hotel yg famous2. Lucky our travel guide sangat ramah. Somehow, I think being travel guide, history lesson mesti tiptop. People love the inside stories more rather than what they saw in front of their eyes.
Check in hotel bout 5 pm something. Hotel tu biasa2 je pada aku. Cukup boleh mandi, tidur, solat kre okelah pada aku. Yang bestnye, mse ktorg sampai hotel tu, depan hotel tu ade perarakan sempena Thaipusam. Macam satu bonus la utk ktorg dpt tgk mereka berarak. Our hotel dekat dengan jalan besar. Sebelah ade tren.Farrer Park tren. Taklah sebelah tp walking distance 3 minit dah boleh smpai hotel. Seberang jalan besar tu kedai favourite mama. Mustafa Centre. Kalau kat Msia kte ade Mydin, tp SIN ade Mustafa. Area sini senang nak dapat makanan halal sbb name pon area Little India. Tp jangan cakap lah, for the next meal, memang kari saje la pilihan yang ade. 
Balik hotel, mandi, tidor etc. Around kol 8pm lbeh ktorg kuar cari makan. Kuar hotel and we walk along the way kat kedai2 area Mustafa tu. Memang bnyk pilihan makanan halal tp tu lah. Kari, kari and kari. Name kedai je lain. Tbe2 rase mcm kat India plak..hahhaha. Bak kate Cik Nan, rase mcm kat Lebuh Ampang ckit pon ade. huuhuhu. Lepas makan, ape lagi, exploring Mustafa laaa. Pendek kate, shopping!!!
Kol 11pm jugaklah keluar dari Mustafa and balik hotel. Singgah 7E nak beli jajan. Lepas tu berpecah. Mama, ayah, paklang g tengok2 tren. Nak ambik map. Yang lain2 balik hotel. Aku, hnsh tak naik bilik terus, singgah bilik aboy ambik laptop and kena g bilik cik nan hntr laptop plak. nak transfer gmbr yang beribu2 tu. Lepak kat bilik cik nan, then syfqh pon join. Lepas tu, mama a ayah pon join. Hahah..nak ambik barang kat ktorg sbnrnye tp ktorg dok melepak kat bilik org lain. Mase ni lah ayah come up with revised trip plan. Dah settle transfer gmbr, ktorg pon balik bilik masing2.


Next day I called it all out day. Why? hahaha..Plan for the 2nd day simple je. Asalnye pegi USS, spend time for a whole day kat sane and kuar USS around 4 or 5 balik hotel, malam nak pegi cari lunch kat area Bugis St. naik tren. Nak merasa naik tren MRT SIN. Tp, ayah revised ckit, lepas kuar USS ktorg naik tren dari Sentosa tu direct to Bugis St. Tak balik hotel. Settle makan sekali terus balik.
From morning, we heading to USS. Oke, pengalaman kat USS memang best. Habis 13 org ni sume naik Transformer Ride tu. hahahahh.. Mama, ayah , paklang n maklang kena jugak join same. hahahah.kelakar btol bler dikenang semula.  Masuk2 USS tu pon dah buat aku amuse sekejap. USS bukak kol 10, kol 10 tu lah kami dah cecah kaki kat USS. Park tutup kol 7 tp ktorg kuar park dalam kol 5 sbb dah janji dgn tourist guide tu. Kol 5 bleh jugak kuar USS, he drop us kat area shopping complex area USS tu called Vivo. Mase ni, aku dengan sandal tercabutnya, letih berjalan, letih berdiri. Segalanya lah letih. Tourist tu tunjuk kan mane tren tu and dia balik. Ktorg chill2 skjp kat foodcourt, minum2, lepak2, rehat kan kaki n badan. Mase tu memang lunyai dah rase. Aku sandal tercabut, cik diana kaki melecet. Yang syfqh g toilet tak balik2. Menggelabah la skjp ktorg. Lps sejam, ktorg gerak naik tren ke Bugis. Smpai Bugis, ktorg sbnrnya nak g Arab street. guna map and walk je. Tbe2 salah jalan plakkk. Jauh jugak dah jalan tu. Patah balik lps tu baru la smpai area Arab street.Smpai Arab street aku g solat dlu. Alangkah indah nye perasaan bler dapat duduk n meluruskan kaki. Settle solat, kuar masjid g ronda2 area situ cari makan. Malam tu ktorg nye tourist guide paklang nye anak sedara. He suggesting where to eat actually. Sangat membantu sbnrnya. Dalam keadaan kepenatan, kebayankkan ktorg tak bleh berfikir dengan waras ketika itu. hahahah..
Akhirnya, kami makan kat satu restaurant kat situ. Mase tu fikiran aku nak balik tido je. Tak lapar sgt sbnrnye tp badan aku penat. Kol 10 pon blom dapat makan lagi. Ktorg sume mase tu lunyai hbes dah. After half and hour baru serve and dapat makan. Lepas makan, ktorg berpecah. Mama, maklang, Syfqh and Paklang naik teksi balik hotel. Aku, ayah, cik diana, cik nan, hnsh, tariq, ajik, aboy n alfi naik tren. Smpai tren, the bujang2 team taknak balik lagi. nak explore Bugis katenya. So, aku, ayah, hnsh, cik diana n cik nan je lah balik hotel. Balik terus naik bilik. Mandi n tumbang. zzzzzzz

Esoknya, hari terakhir. Bus ambik kat hotel around kol 11. Kami pagi tu dah bangun.. Dikejutkan mama kol 8 sbb nak g cari bfast. Oke, memang bfast mamak la kan. Order murtabak tapi dah hbes. Makan roti paratha je la. Oh ye, SIN tak panggil roti canai, diorg panggil roti paratha. Basically, same je. Kol 8 bangun, kol 9 baru smpai kedai mamak tu which is memang la sekangkang kera dgn Mustafa. Smpai kedai, mama ayah paklang maklang cik nan cik diana dah nak hbes mkan pon. Lepas bfast, ktorg cari sovenir utk dibawa balik.
Itu pon kol 11 baru balik hotel n time tu lah nak pack. Hahaha..inila padahnya hotel dekat dgn tmpt shopping. Leka. By 11.30 depart from hotel. First spot, ktorg pegi Garden By the Bay. Yang mcm akar2 tu. Cantik. Tapi tak masuk pon. Tangkap gmbr kat luar je. Dari sini nmpk mcm dekat sangat Marina Sand tu. 
Then, last spot before Changi is Tampines. Ktorg g mall dia. Tampines Mall and Tampines 1. Lunch pon kat situ. Masa nak cari halal lunch kat situ, Cik Diana tnye promoter melayu yg kje kat mall tu, cik nan do on9 searching and paklang call Alfi. So, the 3 sources lead the same result. So, we heading there. Aku lpe ape name building tu. Century ape ntah kalau tak silap. 
By 4 pm, ktorg heading to Changi. Diorg depart terminal lain, ktorg terminal lain. Kununnya, ktorg akan smpai Msia dlu, sudahnya sme2 smpai Msia. hahahah. Flight ktorg delay jugak  time balik. Ktorg bertemu kat dalam erl mase dah nak smpai Putrajaya. Smpai umah, makan n lepak2 tgk gmbr. Lepas a few hours sume balik KL sbb sume nak kje esoknye. 


Itu la serba sedikit pengalaman melawat negara jiran. Walau pon kami bersebelahan tapi bnyk bnde yang berbeza dapat dilihat. It's interesting travel and dapat tgk negara orang. 
Oke lah, until the next post. daaaa

Monday, January 13, 2014

Ahlan Wa Sahlan 2014

Assalamualaikum. Ye, kita sudah berada di tahun 2014. Dah hampir 2 minggu di tahun baru. Me??
Same je mcm hari2 biasa. Mane tak nye, still lagi kena bangun pagi mencari rezeki. Takde ape yg berubah pon. Last update psl movie kan?? The Heir, The Master's Sun & Good Doctor.
The Heir pon dah selesai. Ending? Of course happy ending for the main character. Personally pada aku ending dia just nice la. Ending yg balance. Normally setiap movie or drama kte nak setiap character tu happy ending kan? Tp The Heir ni x.
Lps The Heir, xde lagi start mane2 drama. Cari2 jgk yg best2. Maybe lps ni nk follow Emergency Man and Women. Mongji n Kim Won(Choi Jin Hyuk) berlakon. Ngeh..ngeh..ngeh.. mcm rom-com genre. Looking forward sbb last tgk mongji berlakon cter The Fugitive of Joseon.Video teaser dia mcm menarik.
Ok..lets talk bout other things.
I had a busy December. Weekdays and weekend. Weekdays sbb office ramai org cuti. Jadi bnyk bnde nak kne back up. Bnyk bnde delay pon ade gak. Dah bosses ramai xde. Akhir tahun yg tak berapa best sbnrnya. 24hb hari tu g renew passport.Ptg tu g opis skjp, ade bnde urgent nak kena settle. Maklumlah bos cuti. Mmg sepatutnya aku cuti 24 tu, tp dah ade bnde urgent kenalah masuk opis. Tp masuk pon time org dah nk balik mcm kol 5 lbeh mcm tu. Lps settle kje, aku ngn epul merayau la. Merayau g shopping complex baru buka kt Puchong. Merasa panggung wayang baru. Aku pon lpe ape nme panggung tu. Ktorg layan cter cartoon. Frozen 3D. Best. Panggung tu pon best. A week sblom tu aku pegi dah tgk 3D. Cter Hobbit. Mmg best. Daebak! Even cter tu hanging tp visual dia sgt puas hati. So, last weekend on 2013; Saturday jadi bridesmaid to my bff. Sunday pegi dengar ceramah kat  PICC. Itu best n terbaik. It is more to learning session actually. Itu last weekend, but last day for 2013 I had food poisoning. Aku x tahu la ape yg aku makan tp dia buat badan lemah btol. Aku x muntah tp diarhea+lenguh kaki + pening kepala + sakit perut. Setengah hari je dpt bertahan kat opis. Balik gi klinik, mkn ubat then tido. Alhmdulillah..bangun esok tu oke da ckit. Jadi, akhir tahun yg x berapa cntik la sgt.
p/s : Counting days for the next event. Weeehooo.