Sunday, March 24, 2013

Routine

Kenapa dengan routine?? saje je. Tak tahu ape nak letak as heading. Lame dah tak membebel kat sini. Tak de ape nak dibebelkan pon sebenarnya. Baru hbes tengok satu drama korea. Eh..mcm dah jadi peel plak kan, lpa tgk satu cter lps tu review. Hahhaha..mcm orang lain kesah review aku ni. Takpe..ini sume utk kepuasan diri sendiri. 
Tajuknya, Flower Boy Next Door. Cliche` kan?? tp cter dia aku ske. Cter dia ringan. Aku start tgk hari ahd. Satu hari tu aku bleh layan 7 episode. Bukan ape, cter tu tak meleret2. Dan bnyk bnde2 yg kte tak expect mcm cter korea lain. Btw, asal cter tu webtoon. Aku rase webtoon jepun kot. Errmm..itu takpasti asal webtoon tu mane..Be remind eak,yg aku puji is cerita dia bukan pelakon dia. Pelakon dia, memang tak dinafikan lah kan..memang pandai berlakon. Tu sbb bleh sangkut nak tgk.heee..Memang slalu korea cter dia 16 episode je. tp kali ni rase mcm cpt sgt cter tu hbes. Perasaan yang same mase aku tgk TTBY. Macam mane tu??huhuhuhu..
Skrg tgh baru nak mle The Winter The Wind Blows.Ha..mcm tu lah lbeh kurang bnyinye. Terbalik2 aku nak menaip tajuknya. hahah...Mle2 aku tak terasa nak tengok cter ni..sbb die melodrama. Aku kureng melodrama ni. *cpt je nak menangis nnt* hehehe..tp dah Nadia kat opis tu dok cter psl cter tu..aku pon lame2 try la jgk tgk. berani try nak tgk pon sbb dia 16 episode je so harap tak draggggggg. Btw, rating bleh tahan jgk cter ni kat Korea. We will see lah mcm mane ye. Sblm ni, try nak tgk IRIS II. Tp nnt lah. tggu cter tu hbes airing kat Korea baru tgk kasi hbes. Nak tgk recaps orang lain mcm mane. Tengok separuh jalan sbb ade Doo Joon (^_^). heee..lgpon IRIS II 20 episode rasenya. Jadi, better tgk yg sikit ni dlu.
Ermm..oke lah. stop fantasizing..lets go back to reality. Mcm biasa lah kehidupan. Kerja, kerja, kerja. Gigih nak mengumpul duit nak beli hp nieh. Diri sendiri takde yang menarik nye pon. Last week, takde ke mana. Mama n ayah je g wedding kat Kuala Selangor. Jauh kan. kami bertiga tinggal umah lah. Malas nak ikut. 
Lepas tu, start khamis ke rabu aku tak ingat, mama tbe2 demam. Since that, ptg ayah la ambik aku kat erl. Malam pertama, balik kje terus g beli makan. Malam kedua, akibat penat sangat, tak kuar tp ayah masak maggi. Nak masak, tp lauk takde dlm fridge. Maggi pon jadi utk kami bertiga mlm tu. Malam ketiga, nak dijadikan cter, aku tak lunch hari tu. Balik cnfirm kebulo. Ingat kan balik trus nak ajak ayah g beli nasi arab kat cyberjaya tp ayah kate g lepas maghrib. Kenapa nasi arab? sbb aku dah lapar gler..klau beli yg lain2 kena tggu nak masak bagai, tp nasi arab sekejap je dah siap.Tak perlu tggu lame2. Memang sekejap pon, aku ngan ayah smpai kedai tu kol 9, 915 dah siap. So, kami tapau bwk balik n makan. 930 perut kenyang setelah dari tengahri hanya mengisi sepotong betik. 
Okelah, banyak ini je dapat nak cter. Till next session. 

xoxo.




Wednesday, March 6, 2013

Jodoh

One word yang tidak berani dibincangkan for me personally. and tak tahu ape nak dibincangkan pasal jodoh ni. Calon pon blom ade lagi tapi orang sekeliling asyik bertanya. Stress pon ade jgk. Nasiblah wahai makcik2 ku, dapat anak buah mcm aku yang bangsa endah tak endah. Orang sekeliling bertanya, aku diam n senyum je. Sebab takde jwpnnya lagi.
Bila difikirkan, bnyk lagi belum cukup ilmu nak mendirikan masjid ni. Memikirkan sbg anak sulung, bnyk bnde nk kena fikir. Ramai kata aku memilih. Ye, mungkin dlu mse belajar mmg la agak memilih. Maklumlah, pilihan limited mase tu. Tapi, skrg dah bekerja, dah jmpe ramai org, mcm2 ragam plak..mungkin aku rase memilih itu menjadi berpada2.

Aishh...cter psl Jodoh ni, takde intro n ending pada aku. Macam tu jugak. Somehow, aku mengaku aku mmg loser bab2 flirt2, senyum2..Jadi tak reti nak promote diri aku pada orang lain. Tapi klau bab nak g interview kje bleh plak. Apakah?? I am totally loser.

Apa yang boleh dicoretkan disini eak?? tak ada pon yang menarik..selain kje yang bertambah2. Oh yea..Subsurface team Kinabalu dah balik tower. Tower 2. Kemudian, In Shaa Allah kami PMT akan menyusul pulak pulang ke tower. Tower 3 bln 10 ni. Ntah ye ntah tidak. Yang pasti kami kena keluar citibank tu sblm bln 4 tahun dpn. Jadi, aku kesunyian. Tinggal aku dengan bos je kat area tu. Yang lain dok jauh gler dari aku. Bosan kot. Takde teman nak borak sangat. Dlu ade Ayie ade la teman nak borak. :(

Oke, handphone masih lagi tak dpt nak beli. Duit blom cukup lagi. Ini dah nak ada duit ckit, aku yang pening nak beli hp ape. Bnyk je pilihan, tp yang btol ikut requirement tu ssh nak decide. *any suggestion??
Dah penat asyik baca review phone je, belinye tak jgk. Tiap2 bulan, mesti kena perli dengan aboy..'mane hp nye long, asyik tgk hp je kat tenet'


oke, dah tak tahu ape nak bebel. We'll see next time, apa plak nak cter..


p/s : I am totally devastated dengan encik mata sepet tu. Seriously. Almost patah hati :(