Tuesday, May 5, 2015

Learning Never Ending

Kepenatan sebenarnya. Baru touch down dari Padang, Bukittinggi petang tadi. Hahaha..rasanya update kali ni tanpa gambar. Semua gambar dalam phone, tak sempat nak transfer ke laptop. 
Cerita sebenar travel kali ni tak plan pun nak ke  Padang. Asalnya kami nak ke Jakarta. Then ayah malas nak ke pekan or town, so we decide pi area rural, tak busy. 

So, ke Bukittinggi, Padang lah jawabnya. From flight to ground pakej memang aku yang uruskan. Gigih ke matta fair cari pakej. hahaha. Ayah cuma keluar duit je. Aku ingat travel ni dia assist family aku je, rupanya dengan family lain. Nak dijadikan cter, family lain tu mmg dah tiga kali dah pi Padang ni. So tujuan diorg kali ni mmg shopping. Ktorg ni main reason nak pi tgk negara2 orang, shopping goes for second choice. Tapi takpe, ada pros and cons dia. At least diorg ni berpengalaman bab belanja. Mane murah mane mahal mane better. 

Pada aku trip kali ni berbeza dengan trip pi Singapore. Singapore memang hutan konkrit, Bukittinggi memang hutan hijau. Natural. Trip ktorg 4 hari 3 malam. 2 malam di Bukittinggi, satu malam kat Padang. Bukittinggi, tempat dia memang susah nak describe. Masih lagi ada sawah padi. Membajak masih lagi guna kerbau. Ada lumbung padi. Padi, sayur semua tanam sendiri. Penempatan dekat gunung berapi, tanah memang subur. Tanam aje apa2, memang menjadi. View memang breathtaking. Dats y aku malas nak tepek gambar kat sini, sbb sblm aku pi sane aku dah google.Plus, bnyk gmbr sebenarnya yg aku rse cntik2, Mcm nak tepek semua klau ikutkan hati. Dah ramai blogger update. Cukuplah aku cter dengan apa yang aku rasa. Azan subuh dua kali kat sna. Ayah, boleh berjemaah kat masjid lagi subuh. Since our hotel dekat dengan masjid. Ha, yang paling aku rasa mcm menarik, from airport Minangkabau tu smpai pekan bukittinggi, surau tak terkira dengan tangan. Setiap 100m aku rasa aku nmpk surau. Pesen surau diorg ni takde penghadang muslim dengan muslimah jadi lepas ambik air solat kena pakai tudung siap2. Then, restoren diorg. Aku tertarik dengan restoren diorg, bukan sebab makanan, tapi diorg siap ade surau n hostel pekerja. and ade delivery servis lagi ok. Mula2 aku ingat satu restoren je mcm tu, rupanya memang style diorg kat sane tak kira lah kedai kain ke, kedai makan ke mesti ade surau n toilet. So, ko berhenti kedai mane pun mmg ko tak yah risau sbb ade je toilet.Sepanjang 4 hari kat sane, memang tak jumpe highway langsung. Jalan kampung all the way. Bukittinggi ni bandar dia baru nak naik. So energy consume dia tu tak bnyk. Bilik hotel ktorg ade satu je plug, so memang berebut lah kan nak mengecas hp. Klau pagi, ramai org mandi, air jadi kecik. Nasib baik aku tersedar awal, dengan azan subuh terus mandi n solat. Lambat ckit, air kecik sbb rmai org guna. Andddd...kat Bukittinggi ni, udara dia lagi sejuk kat luar dari aircond dalam bilik. Sejuk yang fresh. Sebab masih lagi bnyk pokok2 n hutan2. Aku rasa tak perlu la kan cter asal nya Padang, Bukittinggi ni sejarahnya mcm mane sbb wiki ade. Aku pun bnyk refer to wiki sejarah Sumatera Barat ni. Plus bertanya org tua, sbb dia ade kaitan dengan asal usul kita. 

Padang plak a little bit modern. Kat sini barulah jumpe J.Co, KFC etc. Mall ade lebih dari satu.Pekan yang agak besar nak dibandingkan dengan Bukittinggi. Ada university, ada markas askar. Kalau kat Bukittinggi, diorg tanam sayur2, tapi kat Padang ni dekat ngan laut, so bnyk seafood. Ktorg tak rase pun sbb ktorg satu malam je kat Padang, pagi sblm check out tu je sempat jalan2 tgk laut. Dpatlah kami merasa naik teksi kat Padang tu. Teksi van. Mengenali culture negeri orang seronok. At least we learning something new.

Sbnrnya banyak yg kami belajar trip kali ni. Culture orang Minang, georafinya, sejarahnya, bahasanya. Way too different from our previous trip. Rasa mcm balik kampung. Sebab the way they talk lbeh kurang mcm org nismilan tpi sbnrnya diorg ckap Minang. Aku klau lame lagi kat Bukittinggi tu, mahu aku buleh paham sesikit. 

Pada aku, klau korng nak shopping, instead pi Bandung or Jakarta better pi Bukittinggi ni. Ko nak shopping pun aman damai. Jalan tak sesak. Still boleh bargain. Kalau beli bnyk lagi lah senang nak bargain. Kalau boleh cakap Minang, lagi senang nak turun rege. Inshaa Allah, klau aku nak repeat pun, aku nak repeat kat Bukittinggi and nak ambik hotel 4 bintang. Bukan tak nak gi Padang, tapi lebih selesa dok Bukittinggi kot. Sbb jalan tak sesak. 

Oke, till the next post.